

Kuil Kuno Johor setiap tahun, dan tahun ini pada 27 Februari.
Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Lim Kang Yong, dalam satu sidang akhbar semalam, mengisytiharkan larangan tersebut, dan mengundang kritikan meluas warga siber serta mencetuskan perdebatan panas terutamanya di kalangan masyarakat Cina Johor.
Ketika dihubungi hari ini, Lim mempertahankan larangan tersebut dengan berkata jawatankuasa itu tidak mahu sesiapa pun mensabotajnya atau mengiklankan tuntutan mereka semasa perarakan perayaan itu.
"Jika sesiapa didapati memakai baju selain baju pasukan Chingay, kami akan meminta mereka beredar. Jika mereka enggan, kita akan mendapatkan bantuan polis," katanya.Read More / Baca Lagi >>