Nampaknya politik semakin hari
kian kotor. Rupa-rupanya kuasa ini boleh menjadikan seorang manusia itu hilang
pertimbangan dan hilang segala keperibadian untuk mendapat atau mengekalkan
kuasa. Barulah semua sedar termasuk diri saya ini, yang politik itu adalah
kuasa dan kuasa itu adalah politik. Ramai manusia di dalamnya tidak
berlandaskan kepada moral dan sedikit nilai ketuhanan yang merupakan ciri-ciri
asas manusia yang mukmin.
Menjadikan komen TGNA sebagai
mengatakan penerima BRIM itu adalah haiwan merupakan satu permainan politik
yang tidak terkira hina dan aibnya. Ia sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO dan
penyokong-penyokong mereka seperti saluran-saluran TV perdana.
Pelakon-pelakonnya termasuklah seorang Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalannya.
Kedua-dua pemimpin ini yang datang dari keluarga yang baik-baik itu telah
hilang segala ciri-ciri manusia yang sedang mencari kehidupan sebagai seorang
mukmin. Mereka ini telah mencalarkan keperibadian baik keluarga mereka semata-mata kerana politik.
Semuanya ini adalah kerana kemahuan
nafsu mereka untuk mengekalkan kuasa politik yang merupakan perkara yang
terenak bagi mereka yang bermain poliik yang tidak berlandaskan kepada
ciri-ciri keagamaannya. Najib terlupa yang beliau adalah seorang anak kepada
sebuah keluarga yang baik dan Muhyiddin dengarnya adalah dari keluarga yang
berimejkan agama yang kuat.
Tentunya tindakan kedua-dua
pemimpin terbesar negara ini merupakan tindakan yang menjatuhkan nama ibu bapa
mereka dengan memutar belitkan kata-kata orang lain dengan begitu hina dan aib
sekali. Kedua-kedua pembesar negara ini tidak mahu mengambil kaedah memperbaiki
diri untuk mendapatkan sokongan. Sebaliknya mereka memilih untuk melakukan
perkara keji untuk mendapatkan kepentingan politik peribadi dan parti mereka
yang kian hari kian menjunam imejnya di mata rakyat itu.
Read More / Baca Lagi >>