Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tamrin Ghaffar sanggah Najib sama hebat dengan Anwar...nak debat pun ta

$
0
0
Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Anak negarawan Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghaffar menyangkal keras laporan mengatakan Dato' Seri Najib Razak sama hebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Najib bukanlah lawan kepada Anwar kerana Najib sentiasa tertinggal dalam banyak perkara berbanding dengan ketokohan Anwar yang berupaya membentuk "mood" rakyat.

"Najib mana hebat? Kalau Najib hebat dah lama dia debat dengan Anwar. Tetapi hingga hari ini dia tetap tidak berani debat.
"Pada hal, dia Perdana Menteri dan dia boleh dapatkan pelbagai information daripada pegawai-pegawai kerajaan untuk membantunya menghadapi Anwar dalam debat itu," katanya kepada Harakah.
Sebaliknya, Tamrin mengaku lebih menghormati Menteri Belia dan Sukan,  Dato' Ahmad Shabery Cheek kerana berani berdebat dengan Anwar, walaupun Shabery bukanlah lawan kepada Anwar.    
Akhbar harian tempatan 22 Februari lalu melaporkan, PRU13 menjadi medan tempur di antara individu yang mempunyai pengaruh menentang individu berkuasa bagi meraih sokongan rakyat seterusnya membentuk kerajaan baru selepas PRU nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913