Sementara spekulasi terbaru parlimen akan dibubarkan
Jumaat lalu meleset, Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Keempat esok, yang
akan dihadiri sekitar 1,000 perwakilan, akan memfokus intipati manifesto
menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Konvensyen ini dibahagikan kepada empat segmen.
Menjelaskan perkara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya membentangkan awal susulan kemungkinan kekangan waktu apabila tarikh PRU13 ditetapkan.
"Konvensyen ini kita hanya tekankan pembentangan manifesto kita. Kita bentang awal disebabkan kita khuatir waktu tak cukup bila bergantung penuh pada waktu kempen nanti," kata Rafizi kepada Sinar Harian Online.
Konvensyen setengah hari ini akan berlangsung mulai jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Konvensyen tersebut dimulakan dengan segmen pertama iaitu laporan daripada ketua pilihan raya setiap parti, diwakili Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Mohd Hatta Mohd Ramli dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai. Ketiga-tiga mereka merupakan pengarah pilihan raya parti masing-masing.
Manakala segmen kedua adalah pembentangan manifesto yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>