Naib Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, sebelum ini Umno didakwa menyalahgunakan peruntukan kebajikan anak-anak yatim yang khabarnya mencecah angka RM60,000 untuk tujuan lawatan ke Langkawi.
Menurutnya, penduduk setempat mengakui bahawa memang tradisi memperalatkan anak-anak yatim ini adalah lumrah Umno setiap kali menjelang pilihanraya.
“Lantaran ini adalah cara yang paling menguntungkan kerana khidmat anak-anak yatim ini boleh diperolehi secara percuma agar peruntukan pemasangan bendera yang dikhabarkan berjumlah RM5,000 setiap cawangan Umno boleh dibolot begitu sahaja oleh orang-orang tertentu,” ujarnya kepada Harakahdaily.