KALAH sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.
Itulah yang pegangan dan kepercayaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad yang sentiasa mengetengahkan pendekatan
baru untuk memenangi hati rakyat yang dianggapnya “sudah selesa”
dengan pendirian politik berkecuali. Namun detik 2008 mengubah segala
persepsi itu.
Malah menjadikannya lebih komited untuk terus memperkenalkan Pas di kalangan masyarakat bandar khusus orang Melayu yang sebelum ini adalah penyokong dalam senyap BN.
Ikuti temu bual bersama Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam menerusi segmen Bicara Bersama Ahli Parlimen Penggal Pertama baru-baru ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pernah YB menjangkakan kemenangan pada Pilihan Raya Umum 2008 berpihak kepada Pakatan Rakyat khususnya parti Pas itu sendiri?
KHALID SAMAD: Pada tahun 2008, memang kita telah melihat terdapat ada banyak perubahan dari segi kesedaran rakyat, keinginan untuk melihat akan berlakunya perubahan dan sensitiviti rakyat terhadap beberapa isu yang telah berlaku ketika hampir dengan pilihan raya.
Pada asalnya, Shah Alam adalah kubu Umno-BN, dan tidak dianggap sebagai salah kerusi yang mempunyai potensi yang tinggi untuk dimenangi kerana pernah mencatat majoriti terbesar bagi pihak Umno-BN pada 1990-an dan 2004 pun bila saya bertanding menentang calon yang sama, Datuk Aziz Shamsudin telah kalah dengan majoriti 13,000 undi. Maka bila saya bertanding pada 2008, saya mengharapkan akan berlakunya penurunan dari segi majoriti tetapi tidak menjangka akan menang, bukan sekadar menang tetapi menang dengan majoriti yang hampir 10,000 undi.
Maka rasa itu bukti akan perubahan yang berlaku, tidak dizahirkan oleh rakyat jelata walaupun pada 1999 kita pernah hampir menang tapi pada ketika itu, persempadanan Shah Alam itu pun berbeza, pada 2004 persempadanan yang baru dan pada ketika itu, saya kalah dengan majoriti 13,000 undi, lalu ia kerusi yang dianggap sukar untuk dimenangi.
Shah Alam ternyata bukan kawasan “simpanan tetap” Umno-BN sebelum 2008, tidak boleh dikatakan begitu, oleh kerana pada 1999 itu hampir dimenangi oleh calon Barisan Alternatif yang pada ketika itu diwakili oleh saudara Ezam Md Noor tetapi ia pernah menjadi kubu kuat Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>