KUALA
LUMPUR, 13 DISEMBER: DAP perlu buktikan bahawa ramalan ahli nujum
UMNO/BN itu salah apabila mendakwa pelbagai senario buruk termasuk
berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, huru-hara dan negara akan muflis dalam
tempoh tiga tahun jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU-13 dan
mentadbir Putrajaya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini terbukti tidak berlaku rusuhan kaum dan negeri muflis selepas PR memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah hampir lima tahun dan Kelantan sudah lebih 22 tahun.
Beliau berkata, jika pemerintahan PR begitu teruk, Datuk Seri Najib tidak perlu melalui dua tahun kesengsaraan menangguhkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana kurang yakin UMNO/BN akan memperolehi mandat baru untuk terus memerintah.
“Najib tidak perlu memilih jalan tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik pada Februari 2009 apabila merampas kuasa kerajaan PR Perak, negeri yang dipilih rakyat sehingga rakyat bertekad akan mengembalikan kuasa pada PRU-13 nanti.
“Pemimpin dan propagandis UMNO/BN perlu diberitahu agar menghentikan ‘ramalan akhir zaman’ bohong demi rakyat jika mereka benar-benar cintakan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 22 tahun lalu, serta Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang diterajui PR masih belum muflis malah menunjukkan rekod urus tadbir yang lebih baik dan menegakkan kebajikan rakyat berbanding ketika negeri berkenaan diperintah oleh BN.