SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara
hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan
kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam
pilihan raya umum akan datang.
Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.
Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.
Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.
PR juga akan menyalurkan subsidi gas berjumlah RM 25 bilion yang biasanya diberikan kepada penjana bebas, secara terus kepada rakyat dengan menurunkan caj elektrik yang ditanggung rakyat.
Selain itu, konsesi air kendalian syarikat swasta yang mengakibatkan caj air tinggi akan dihentikan.
“Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.”
Read More / Baca Lagi >>