
Bacaan ikrar diketuai Darell Leiking (KEADILAN), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) dan Teresa Kok (DAP).
Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:
1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat.
2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat.
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEADILAN), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Lim Guan Eng (DAP).
Turut sama lafaz ikrar di atas pentas, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas itu, Nik Aziz membacakan doa mengakhiri konvensyen.