Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PKR: Penurunan cukai import tiada kesan kepada harga kereta

$
0
0

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa cukai import bagi kereta-kereta dari Jepun dan Australia akan diturunkan menjelang 2016 tidak membawa kesan kepada harga kereta, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kaya, kata pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
"PKR beranggapan bahawa dasar sedia ada yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional digubal untuk menguntungkan golongan kaya. Cukai import dihapuskan untuk kereta-kereta import besar dan mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya.
"Dengan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Mustapha Mohamad itu, ia hanya akan memberi kesan kepada sekitar 21,000 unit kereta setiap tahun kerana jumlah kereta import siap pasang (CBU) dari Jepun hanyalah sekitar 3.5 peratus dari jumlah jualan keseluruhan kenderaan (TIV).
"Jumlah kereta import dari Australia pula adalah terlalu kecil dan langsung tidak akan memberi kesan kepada harga kereta di negara itu," kata Rafizi dalam satu kenyataan yang dihantar hari ini.
Menurut Rafizi (gambar) lagi, ini bukanlah perkara baru dan adalah dasar sedia ada yang sudah pun diketahui umum.
"Perkara ini diulas dengan panjang lebar di dalam Laporan Kesatuan Eropah Mengenai Industri Automotif Malaysia bagi Januari 2012 (yang disertakan bersama), menunjukkan bahawa perkara ini sudah pun wujud sejak tahun 2012 lagi," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913