![]() |
Separuh wajah Fatmi disimbah cat hijau. |
Apakah maksud semburan dengan cat warna hijau itu mahu agar Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menyertai PAS?
Papan iklan ini di pasang di dalam kawasan sekolah Padang Garong berdekat lampu isyarat jalan Padang Garong - Hospital Kota Bharu Kelantan. Dukacita saya katakan kenapa kejadian vandalisme sebegini berlaku juga di negeri Kelantan sebuah negeri yang dianggap sebagai universiti politik dan matang politik.
Kalau kejadian seperti ini, (di mana banyak papan iklan atau gambar pemimpin Pakatan Rakyat di simbah cat, dikoyak atau dibakar di luar Kelantan) ianya biasa saja. Orang luar Kelantan terutamanya di negeri-negeri kawasan kubu UBN masih belum bertamadun dan dapat menerima kemunculan iklan atau poster pembangkang yang semakin rancak akhir-akhir ini. Mereka menjadi senak perut melihat banner atau iklan gergasi parti Pakatan Rakyat yang mereka merasakan tidak berhak dipacak di negeri-negeri menjadi kubu Umno.Read More / Baca Lagi >>