Rundingan telah ditamatkan
Read More / Baca Lagi >>
Masih adakah jalan lain untuk memujuk atau memberi amaran kepada pencerobh ini?
Sampai bila kita boleh bersabar
Lahad Datu: Risalah Bahasa Suluk Minta Penceroboh Serah Diri
LAHAD DATU: Risalah-risalah
dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri
disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat
ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada
kumpulan itu.
Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum
ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.
"Saya
percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang
akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden
yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu
menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari
lepas.