Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Introspeksi terhadap wacana kuasa politik mahasiswa sinar harian

$
0
0

Syukri Razab

Politik bukan sekadar terlibat dengan agenda kepartian, tetapi politik itu perlu dilihat sebagai partisipasi mahasiswa dalam pembangunan Negara. Untuk mentafsirkan keterlibatan ini, maka saya suka memetik pandangan Dato Saifuddin Abdullah yang menyifatkan mahasiswa sebagai golongan terpelajar yang mahu pernanan mereka diiktiraf dan suara mereka didengar oleh pihak Kerajaan dalam pembentukan dasar-dasar Negara. Bahkan saya ingin menambah bahawa Mahasiswa juga mahukan keseriusan pihak Kerajaan dalam melayani pandangan mahasiswa melalui mekanisme yang boleh dilihat, disentuh dan disertai mahasiswa dalam membuat keputusan, bukan sekadar mendengar dan kemudian memuji-memuji pandangan mahasiswa.
Bagi saya, dalam membicarakan soal reformasi pengajian tinggi, perkara ini tidak boleh lari daripada beberapa poin utama iaitu kerangka Kerjanaan Ilmu, Iltizam pemerintah, Fungsi IPT dan kemahasiswaan. Melihat kepada situasi semasa IPT tempatan, keempat-empat elemen ini bagi saya telah dicabuli dengan teruk sehingga mendesak kepada perlunya sebuah reformasi besar-besaran terhadap sistem pengajian tinggi Negara. Perkara ini bagi saya tidak disentuh secara akademik oleh panel-panel pada wacana Kuasa Politik Mahasiswa anjuran Sinar Harian baru-baru ini. Lebih parah apabila wakil UMNO, iaitu Tun Faisal sering melontarkan hujah-hujah abstrak yang tergantung dan terlalu bersifat prejudis terhadap kebebasan politik mahasiswa.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913