Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Siapa PM baru Umno?


Image may be NSFW.
Clik here to view.
BN kalau nak menang, kena umum calon PM baru.”
Begitulah tajuk sebuah laporan Harakahdaily (28 Feb 2013). Portal berita berkenaan memetik secara langsung sumber dalaman Umno sendiri. Maksud tajuk tersebut adalah terjelas dengan sendirinya.

Dalam pada pemimpin Umno-BN begitu gundah gulana memikirkan apa yang terdapat dalam stor untuk mereka pasca PRU13, keadaan sekeliling tidak lagi seindah bunga mawar. Bukan sahaja apa yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak jelas semuanya tidak kena, tapi pelbagai laporan, analisis, kajian daripada banyak pihak menunjukkan BN sedang menghadapi hari-hari terakhir parti itu selaku kerajaan yang memerintah. Pada mulanya, barangkali setahun dua lalu tatkala perihal PRU13 mula terapung di kalangan rakyat Malaysia dan juga dunia luar, BN yakin kebarangkalian mengekalkan status quo (iaitu kedudukan seperti selepas PRU12) bukanlah satu pertempuran sengit. Ia mungkin tidak semudah makan kacang goreng sambil menonton drama TV di ruang tamu rumah, tetapi bagi kebanyakan pemimpin BN, sama ada yang Umnonya atau MCAnya dan lain-lain ia tidak sukar dan boleh dilakukan.
Begitupun , di sebalik pelbagai pendedahan isu serta skandal dalam skala berbilion-bilion ringgit melanda kerajaan BN, Najib serta yang lainnya begitu yakin, kali ini BN akan memperolehi dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat sekaligus mencairkan pengaruh dan cengkaman Pakatan Rakyat dalam Dewan tersebut.
Namun, di saat-saat akhir menjelang PRU13, semakin ramai di kalangan pemimpin Umno-BN sendiri sudah percaya dengan hasil laporan, kajian dan analisis yang menunjukkan BN bukan sahaja tidak akan mampu memperolehi dua per tiga daripada 222 kerusi Parlimen malah tidak juga mampu memperolehi jumlah kerusi yang membolehkan mereka menang dengan majoriti mudah.
Malah seminggu lalu ada desas-desus yang mengatakan supremo tidak rasmi Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan tertutup mengumukan maklumat risikan terbaru menunjukkan BN hanya mampu memperolehi kira-kira 80 kerusi Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913