Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

ABIM : Selesai isu pencerobohan di meja rundingan

$
0
0

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpandangan bahawa penyelesaian sebenar kepada konflik yang sedang melanda Sabah dan membimbangkan seluruh negara ini hanya akan dapat dicapai melalui meja rundingan.
Justeru Presidennya, Amidi Abdul Manan menggesa agar semua saluran diplomatik dan perundingan yang konklusif harus dibuka dan dimulakan dengan segera.

Katanya, Abim mengikuti dengan dekat perkembangan yang berlaku dan memandang serius isu pencerobohan dan konflik di Lahad Datu, Sabah yang telah memakan masa lebih dua minggu.

Abim, ujarnya menganggap tindakan tegas yang diambil oleh pihak keselamatan negara semalam untuk menyerang kumpulan penceroboh bersenjata yang dikaitkan dengan Jamalul Kiram sangat wajar melihat kepada korban yang telah dialami oleh pasukan keselamatan negara dan ketakutan yang dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan terbabit khususnya dan di Sabah keseluruhannya.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913