Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

13 penceroboh Sulu bersenjata disahkan terbunuh, kata Ahmad Zahid

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gambar menunjukkan tempat mayat penceroboh ditanam. — Gambar oleh Saw Siow Feng
LAHAD DATU, 6 Mac —13 mayat penceroboh Filipina telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh Sulu di kampung tersebut semalam, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Pertahanan tersebut menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.
"Ini adalah gambar kubur dimana mayat telah dikebumikan oleh pengganas," kata Ahmad Zahid, sambil menunjukkan beberapa kepingan kayu yang diletak atas tanah.
Beliau berkata polis forensik telah ditembak tengahari tadi semasa sedang meneliti mayat tersebut, tetapi menyatakan tiadak sebarang kecederaan berlaku.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913