Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Selangor: SPR tolak bukti untuk bersihkan daftar pemilih

$
0
0

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak rayuan Selangor untuk menyelesaikan secara bersama percanggahan dalam daftar pemilih negeri walaupun terdapat bukti, kata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Faekah Husin, setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada SPR, merayu untuk berbincang mengenai penemuan terbaru, terdapat 28 peratus daripada 440,000 pengundi baru berdaftar di Selangor tidak dapat dikenalpasti.
“Paling kurang yang mereka boleh lakukan adalah dengan memanggil kami untuk berbincang dan membentangkan penemuan kami. Mereka tidak perlu pun untuk mengucapkan terima kasih,” kata Faekah kepada The Malaysian Insider merujuk kepada inisiatif kerajaan negeri mengesahkan daftar pemilik melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Abdul Khalid memberitahu Persidangan Antarabangsa mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 Malaysia Isnin lalu, beliau diberitahu oleh SPR, Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membersihkan daftar pemilih.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913