Salahudin ketika
berucap sempena Jelajah Treler Pas di pekan Parit Bakar sebelum
menyampaikan ceramah di di Parit Gantong dekat Parit Jawa.
MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyuarakan kebimbangan
Pakatan Rakyat (PR) berkaitan konflik di Lahad Datu dan Semporna, Sabah
sebagai penyebab kerajaan melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) dan pembubaran Parlimen.
“Kita (PR) dah tunggu lepas sambutan Cap Goh Meh tapi tidak bubar juga, hendak tunggu bila lagi.
"Dun Johor bubar 21 haribulan (Mac) ni, takkan nak biar Dun Johor terbubar macam itu saja?
“Saya rasa apa yang berlaku hari ini membuktikan Barisan Nasional (BN)
benar-benar takut berdepan dengan PR dan sebab itu mereka
melengah-lengahkan pembubaran Parlimen,” katanya.