
Beliau berkata demikian ketika ditanya pengakuan Azlan Lazim yang antara lain mendedahkan kes berkenaan dirancang pegawai khas perdana menteri.
Malah, Azlan turut memohon maaf kepada Anwar dan menyatakan fitnah tersebut menyebabkan ketua umum KEADILAN itu dan keluarga menanggung derita.
“Penafian di buat oleh Azlan tersebut sama sepertimana penafian saya sebelum ini, bahawa saya tidak bersalah dan tidak terbabit dalam dakwaan yang berbentuk konspirasi tersebut.
“Allah Maha Besar. Ia akan membuktikan kebenaran kepada mereka yang tidak bersalah dan dizalimi,” jelas Anwar.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, Esplanade, Pulau Pinang sempena ulang tahun ke 5 pemerintahan Pakatan Rakyat semalam.
Read More / Baca Lagi >>