
Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
“Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini hari ini.
Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
“Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.
Read More / Baca Lagi >>