Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kejayaan Selangor bukti Pakatan sedia tadbir Malaysia

$
0
0
.SHAH ALAM 10 Mac: Kecekapan pengurusan ekonomi dan pembangunan di Selangor membuktikan Pakatan Rakyat bersedia menerajui Putrajaya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, sepanjang lima tahun pentadbiran, angka pembangunan dan hasil negeri jauh lebih baik berbanding tempoh 2004 ke 2007 yang ditadbir Umno-BN.
“Kita bukan saja memberikan kebajikan kepada rakyat, tetapi membangunkan negeri, mengumpulkan dana supaya dapat digunakan (kembali) untuk rakyat.
“Kejayaan ini menunjukkan kita benar-benar bersedia mentadbir Putrajaya,” kata Khalid ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.
Dalam pada itu, Khalid berbesar hati dan berterima kasih kepada penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak memberi teguran dan nasihat.
“Beliau mengingatkan kita agar simpanan Selangor dipertingkatkan. Hasilnya kita berjaya pertingkat simpanan dari RM400 juta pada tahun 2007 kepada RM2.6 bilion,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913