Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pandangan terhadap keterlibatan Umi Hafilda

$
0
0

Abdul Hadi Jusoh

Saya hairan apa lagi yang mahu diharapkan daripada orang seperti Umi Hafilda ini, sehingga masih diberikan ruang oleh TV3 untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan kitar semulanya, yang sudah boleh dianggap lapuk ditelan dek kewarasan dan kebijaksanaan rakyat. Pada saya, semakin ditonjolkan insan yang bernama Umi Hafilda ini, maka akan semakin depreciate nilai dan kredibiliti kerajaan, seolah-olah spt menerima “offsetting effect back to premium”, setelah ratusan juta “tax payer money” ditaburkan kepada rakyat atas nama membela nasib dan kebajikan rakyat.
Sayang sungguh, pencatur-pencatur Umno & BN ini tidak berfikir panjang dan masih begitu rendah hikmahnya, pada saat-saat nyawa sudah berada di halkum, tatkala mahu berdepan dengan PRU 13 kubra, yang barangkali inilah kali ke penyudahan di sepanjang legacy Umno bertakhta sejak tahun 1957 di tanahair yang tercinta ini.
Sayang seribu kali sayang, pencatur-pencatur Umno yang diharapkan untuk memikul amanah keupayaan bangsa, umat dan agama ini, tidak pernah mengenal erti serik dan sesal, walaupun sudah banyak kali diuji. Namun, masih lagi mahu mengikat diri mereka dengan segala kefasidan serta kefasikan diri, demi mempertahankan kerakusan dan kezaliman mereka ketika berada di kemuncak kuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913