Apa jua yang tidak asli akan cepat
lusuh dan rosak. Barangan tiruan selalunya murah tetapi tidak boleh berfungsi
untuk jangka masa yang lama. Dia akan rosak dan akan di buang di tepian
longkang dan jalanraya atau dalam tong sampah. UMNO pun begitu. Ianya adalah
parti tiruan yang menggunakan jenama UMNO sedangkan UMNO itu sudah mati.
Barangkali itulah sebabnya UMNO sekarang tidak mampu berfungsi dengan baik kerana
ia bukan UMNO yang asli.
Read More / Baca Lagi >>
Orang yang senama itu ramai.
Dalam negara ini berpuluh ribu orang bernama Aziz misalnya. Begitu juga orang
bernama Najib atau pun Rahim dan Salleh. UMNO juga di lekatkan kepada parti
yang telah menyudahkan proses pencapaian kemerdekaan dan parti yang bernama
UMNO itu telah terkubur di atas kehendak Dr Mahathir. Pembunuhan UMNO itu dilakukan
oleh ‘bouncer politik’ Dr Mahathir yang semasa itu menjadi Setiausaha Agong
UMNO.