Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal Balak Terengganu, Rafizi Dedah Dokumen

$
0
0

Rafizi HQ PKR 12 MAC 2013 01
PETALING JAYA, 12 MAC : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan dokumen pengurusan hasil balak di Terengganu di bawah Menteri Besar, Datuk Sri Ahmad Said yang didakwa terpalit dengan skandal rasuah.
Menurutnya, modus operandi terhadap syarikat-syarikat yang ingin turut serta dalam tender mengeluarkan balak turut didedahkan, di mana kesemua syarikat terbabit dipaksa membeli syarikat RM2 dengan nilai RM2.5 juta.
Malah katanya, sehingga kini, tiada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian yang ditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan hasil balak di Terengganu.
“Hari ini saya menampilkan bukti bayaran bagaimana syarikat yang menjadi mangsa terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penaman yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.
“Malah, penyelewengan pengurusan balak di Terengganu ini telah menjadi satu isu besar sehinggakan beberapa siasatan rasmi telah dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913