Difahamkan, anggota Parlimen Ipoh Timor itu akan membuat pengumuman rasmi berhubung pertukarannya ke kawasan Selatan yang menjadi kubu kuat BN itu pada sambutan ke-47 dan ceramah DAP di Skudai, dekat Johor Bharu pada Isnin.
Beberapa sumber dalaman parti memberitahu Malaysiakini bahawa kemungkinan Lim bertanding di kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti "sangat benar".
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada Lim akan menamakan kerusi yang diintainya. Spekulasi menyebut ia mungkin Gelang Patah.
Lim ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu.