Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Halang Dr Pornthip bedah siasat Sugumar, ‘Duduk Bantah’ depan JPM

$
0
0
JayaKUALA LUMPUR 15 MAC: Satu himpunan ‘Duduk Bantah’ akan diadakan di depan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekiranya Najib Razak gagal memberi jawapan berhubung tuntutan keluarga untuk membawa pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.
“Kami minta Najib beri jawapan dalam 48 jam. Jika tidak, kami akan adakan protes Duduk Bantah depan JPM,” kata Timbalan Ketua Biro Guaman dan Hak Asasi KEADILAN, S Jayathas kepada Keadilan Daily.
Katanya, keluarga Sugumar menolak sama sekali keputusan bedah siasat pertama oleh pakar patologi Hospital Serdang kononnya Sugumar mati disebabkan sakit jantung.
“Beberapa saksi beri keterangan bahawa Sugumar dipukul polis dalam keadaan bergari sebelum meninggal,” kata Jayathas.
Kata Jayathas, sekiranya Najib menafikan kerajaan menghalang Dr Porthip melakukan bedah siasat kedua, pakar patologi itu perlu dibenarkan masuk.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913