BAGAN SERAI 16 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sekali lagi menegaskan beliau tidak terbabit dalam insiden serangan
pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Menyelar tuduhan kononnya beliau dalang serangan itu, Anwar berkata beliau tidak tergamak mengkhianati negara sepertimana tuduhan pimpinan Umno Barisan Nasional.
“Saya dah beberapa kali beritahu tidak pernah terlibat dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
“Saya juga tidak menuduh Umno terlibat dalam pencerobohan tersebut.
“Malah saya tidak akan pernah mengkhianati negara dan tidak sanggup untuk melakukan sedemikian, sepertimana tuduhan dibuat oleh Umno dan BN melalui media dan pimpinan mereka,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 5,000 orang yang membanjiri padang awam, Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak semalam.
Anwar berkata, Umno-BN melabel beliau dengan pelbagai gelaran termasuk ‘agen yahudi, ‘agen Amerika’ dan terbaru, ‘agen pengganas Sulu’.
Read More / Baca Lagi >>