SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan dakwaan Datuk Seri Najib Tun
Razak bahawa perikatan berusia lima tahun itu khususnya Pas telah
melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini
tidak berasas sama sekali.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menempelak tuduhan serius presiden Umno itu sambil menyindir Najib sebagai "mufti dan ahli majlis syura baru" kerana mengeluarkan fatwa songsang dengan pelbagai tohmahan dan fitnah cuba memburuk-burukkan parti yang memperjuangkan Islam itu khususnya Kerajaan Negeri Kelantan.
“Sejak bila dia jadi mufti? Kenapa dia pulak nak jadi Majlis Syura mengeluarkan hukum hakam.
“... dulu kata Pas kafirkan Umno, sekarang dia pula buat, sekarang dia nak jadi tuhan pula,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyindir Najib sambil meminta beliau menutup mulut daripada menyentuh hal ehwal Islam kerana Pengerusi Barisan Nasional itu mengeluarkan kenyataan tidak berdasarkan ilmu, malah bukan ahli dalam memutuskan hukum-hakam.