Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PAS pastikan hak cipta artis tempatan terpelihara

$
0
0
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan hak cipta artis tempatan terpelihara dan dihormati oleh rakyat negara ini apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui Putrajaya pada pilihan raya kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hanya melalui pendidikan sebagai platform yang paling berkesan untuk memberi perubahan kepada rakyat negara ini supaya menghormati hak cipta artis tempatan.

Katanya, hak cipta tidak kira sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan atau penerbitan buku sekali pun, ianya perlu dihormati kerana ia menjaga masa depan artis tempatan.

"Di negara ini, satu perkara yang tidak dihormati oleh rakyat negara ini iaitu hak cipta. Misalnya Datuk Shahnon Ahmad yang menulis buku 'Shit" telah dicetak rompak ratusan ribu, sampai sekarang Shahnon tidak dapat apa-apa.

"Begitu juga dalam bidang nyayian, setengah besar rakyat tidak suka mengekalkan yang asli tetapi cari yang tidak 'original', ini sangat berleluasa," katanya dalam sidang media di program Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913