KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil
tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang menjadi
penceramah kepada parti pembangkang.
Beliau berkata, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau akan mendapatkan laporan daripada Maidam berkaitan dakwaan terdapat sesetengah imam berceramah bagi pihak pembangkang.
"Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat kerana mereka ini tidak seharusnya melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.
"Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal hari ini.
Read More / Baca Lagi >>