Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Perang Siber Ialah Satu Jenayah - MKN

$
0
0
PETALING JAYA: Mencetuskan perang siber, sekalipun di buat atas nama Malaysia, ia tetap dikira satu jenayah.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata Malaysia mengharamkan serangan siber dan sesiapa yang ditangkap melakukan perkara sedemikian, akan dihukum.
"Di Malaysia, penggodam siber ialah satu kesalahan jenayah dan ia undang-undang negara, tanpa mengira sama ada ia dilakukan oleh warganegara mahupun rakyat asing," katanya.
Mohamad berkata demikian ketika merujuk kepada perang siber tiga hari antara penggodam Filipina dan Malaysia dari 1 hingga 4 Mac lalu.
Penggodam Malaysia terlebih dahulu menyerang laman web kerajaan Filipina, syarikat swasta beberapa jam selepas pengganas bersenjata Sulu mula bertempur dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo di Lahad Datu.
Penggodam Filipina membalas serangan berkenaan, dengan melakukan serangan yang sama ke atas laman web kerajaan dan syarikat swasta di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913