Tapi malangnya terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab dan.....
Kalau ada jawapan dan kenyataan pun sering bercanggah
Pada aku kalau sandiwara, memang perancangnya adalah manusia gila!
Read More / Baca Lagi >>
Kalau ada jawapan dan kenyataan pun sering bercanggah
Pada aku kalau sandiwara, memang perancangnya adalah manusia gila!
Sandiwara Lahad Datu: Bukti semakin banyak dan nyata tragedi Lahad Datu perancangan jahat Umno BN
"Ikut media arus perdana,
ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup
tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun
senang-senang sahaja.
“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang
kita tak tahu,” kata bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan
Sri Md Hashim Hussein yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri
persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan
Serai, Perak malam kelmarin.
Beliau
merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli
Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram
melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.
Hashim
yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan
di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem
pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.