(Wakil R Terengganu berucap di pentas HKR)
DUNGUN: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R) akan memulakan siri penerangan berhubung tuntutan mereka pada 21 Disember ini.
Pengerusi R Terengganu, Fauzi Abu Samad berkata, siri penerangan akan digerakkan ke semua kawasan di Terengganu bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang hak mereka mendapat royalti petroleum sebanyak 20 peratus.
"Kalau kita dapat 20 peratus royalti, banyak perkara yang kita boleh lakukan termasuk menghapuskan PTPTN.
(Sebahagian orang ramai yang memenuhi tapak HKR)
"Kita tak mahu wang ehsan atau dana khas kerana hak kita lebih dari itu.
"R akan pastikan konvoi penerangan bergerak ke seluruh kawasan agar semua rakyat tahu hak mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>