SHAH ALAM 18 MAC: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan falsafah idealisma di dalam institusi pendidikan yang selama ini disekat oleh Kerajaan Umno-BN perlu diubah demi memastikan generasi muda sentiasa berfikiran matang dalam melakukan perubahan.

“Saya nonton video klip listen,listen,listen dan saya sedih, kerana bagaimana mungkin sebahagian anak-anak muda atau mahasiswa yang boleh begitu sekali hilang idealismanya,” katanya dalam satu sesi Dialog Bersama Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) di Bandar Utama baru-baru ini.
Melalui rakaman yang dipaparkan di laman Youtube itu, terdapat juga dikalangan mahasiswa yang tertawa dan bertepuk tangan sewaktu Bawani dihalang dan dimalukan oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin daripada memberikan pendapat mengenai pendidikan percuma dalam satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>