LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan terus memburu
saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat
menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam reaksi segeranya ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III, pada awal Isnin menegaskan yang raja Sulu itu boleh kata apa yang dia suka tetapi pasukan keselamatan Malaysia akan memberi tentangan habis-habisan.
Malah katanya, pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Pasukan keselamatan, katanya tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram III yang disiar oleh media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini pada lewat petang Isnin. Hamza berkata, dua pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada jam 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Read More / Baca Lagi >>