Ahmad Lutfi Othman
Saya kerap diperingatkan agar lebih cermat dan berhati-hati apabila mengulas isu Lahad Datu. Beberapa artikel yang disumbangkan oleh rakan-rakan, menyentuh tragedi berdarah di Sabah itu, terpaksa ditolak.
Saya sendiri mengedit berkali-kali catatan di kolum ini sehingga banyak perenggan dipotong dan mungkin kehilangan makna asal.
"Elakkan bahan-bahan sensitif dan boleh mengundang salah tanggapan. Ia membawa natijah buruk kepada parti, jika Harakah dilihat merendah-rendahkan pasukan keselamatan," begitulah salah satu peringatan yang saya terima.
Saya cuba mematuhi nasihat itu, selain memegang amanat Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, agar "berpantang" di waktu kritikal menjelang PRU13, iaitu jangan mendedahkan diri dan parti dengan kesilapan -- walaupun kecil -- yang boleh membawa padah.
Semasa kita berusaha mengelak daripada terjerumus dalam polemik yang berisiko ini, pihak Umno-BN semakin ghairah mempolitikkannya. Tiba-tiba saja isu ini menjadi senjata utama untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Sudahlah cadangan mengadakan sidang khas Parlimen membincangkan kes Lahad Datu ini ditolak, tiada usaha mengumpulkan setiap potensi kekuatan yang ada, bagi menanganinya dengan tuntas.
Justeru, tidak pelik jika bidasan Dr Abd Aziz Bari, bekas profesor undang-undang UIAM, terhadap pengendalian kes di Lahad Datu, dalam Harakah keluaran Jumaat lalu, ditanggapi sebagai usaha memperlekeh pihak tentera dan polis.
Read More / Baca Lagi >>