Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pakatan desak kerajaan dedah rundingan Umno dengan Sultan Sulu

$
0
0
PCKUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN.
“Ada rundingan dibuat antara pemimpin Umno BN dengan Sultan Sulu? Ini tak pernah dijelaskan. Nak bayar apa? Tanah siapa? Mereka (pimpinan Umno BN) tak dapat jawab.
“Ada Sultan Sulu yang mempunyai kad keahlian Umno. Ini tak pernah dijelaskan kepada rakyat. Apa kaitan mereka (dengan Umno)?” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan kebelakangan ini memaparkan gambar pertemuan antara Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.
Antaranya bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913