Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri pembalakan di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam isu ini.

"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.

"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, sebentar tadi.