Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
K
emenangan
Pakatan Rakyat mahupun BN dalam PRU13 dilihat banyak ditentukan oleh
pengundi Melayu. Walaupun trend mengundi masyarakat Tionghua tidak sukar
diramal dan Umno-BN bakal berputih mata dengan sikap mereka, namun
kompleksiti orang Melayu untuk membuat pilihan rancak dibincangkan.
Sejak awal, selepas tsunami politik lima tahun lalu, pemimpin Umno seperti sudah berkerat rotan, dalam usaha meraih kembali sokongan pengundi Cina yang telah menyelamatkan BN dalam Pilihan Raya Umum 1999, menyaksikan protes terbuka orang Melayu kepada Dr Mahathir Mohamad dan BN.
Justeru, masyarakat Melayu pasca PRU 2008 menjadi sasaran utama momokan propaganda jahat dan sentimen kebencian Umno. Media yang dimiliki suku-sakat kerabat Umno-BN dan dikawal ketat penguasa tidak segan silu menabur fitnah, mendorong politik jahat, mengulangsiar tohmahan dan menyemarakkan lagi api perkauman.
Bukan saja DAP, salah satu komponen Pakatan, dilabel sebagai "penindas Islam" (seperti ucapan Perdana Menteri di Kuala Terengganu baru-baru ini), malah PAS ditohmah sebagai parti yang rela menggadaikan prinsip perjuangan demi meraih sokongan ke Putrajaya. Tiba-tiba saja Umno mendakwa sebagai wira Islam sekali gus cuba merendahkan kredibiliti seteru utamanya, PAS.
Read More / Baca Lagi >>