KUALA LUMPUR, 16 Dis — Aktivis politik, Haris
Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam
kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P
Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau
akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik
alasan bahawa peguam kanan melakukan “dosa besar” kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.

Beliau menegaskan perkembangan terkini sekitar perkara itu, terutamanya dengan kemunculan semula ahli perniagaan Deepak, memberikan alasan yang cukup untuk majlis mengambil tindakan.
Haris menjelaskan pada masa lalu identiti peguam di
sebalik SD kedua Balasubramaniam kekal “misteri”, baru-baru ini secara
terbuka dinyatakan oleh Deepak sendiri, semasa pendedahan dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah.
Dalam temubual itu, yang dirakam dan dimuat naik oleh
“TVPAS” di saluran Youtube, peniaga karpet itu terlepas cakap nama
peguam tersebut apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.
Akan tetapi pada minit ke 14:39 dalam klip itu, nama peguam tersebut disenyapkan.