Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Peguam Taib akan berhadapan dengan siasatan polis untuk menjawab tuduhan salahlaku


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan terlibat dengan video berkenaan penjualan tanah di Sarawak dan mengatakan itu hanya cubaan untuk memburukkan nama baik beliau. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Dua peguam yang dirakam secara rahsia mengenai penyelewengan tanah melibatkan sepupu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berdepan dengan soal siasat kerana salahlaku selepas Persatuan Peguam-Peguam Sarawak (AAS) membuat laporan polis di Kuching hari ini.
Dua orang peguam tersebut dikenali sebagai Alvin Chong dan Huang Lung Ong, ditunjukkan berasingan dalam video yang didedahkan oleh aktivis berpengkalan di London, Global Witness sebagai bukti penyelewengan tanah di Sarawak melibatkan keluarga ketua menteri, yang disiarkan di saluran berita Al-Jazeera.
Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) mengambil video mengenai sepupu Taib dan beberapa lagi rakan terapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah yang sistematik di negeri terbesar Malaysia.
Dalam klip video 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913