21 MAC – Kelmarin kecoh kononnya Dewan Rakyat telah dibubarkan.
Akhirnya ramai yang hampa apabila ia tidak berlaku. Ternyata ramai yang
menunggu bila pilihan raya akan berlangsung. Penantian ini telah
kedengaran sejak dua tahun lalu kerana lazimnya apabila seorang Perdana
Menteri diganti semasa pertengahan penggal, Perdana Menteri baru akan
mengadakan pilihan raya tidak lama kemudian untuk mendapatkan mandatnya.
Selain kekecohan semalam, maklumat awal yang mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan terbubar dengan sendirinya pada hari ini juga tidak tepat. Ya, untuk yang tidak tahu, pembubaran DUN tidak semestinya berlangsung serentak dengan Dewan Rakyat. Ini adalah satu terjemahan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Rakyat Malaysia perlu tahu tentang hal ini kerana ia penting dalam konteks sejarah dan keseluruhan urustadbir negara.
Bila pilihan raya akan diadakan?
Di bawah Bab 2, Badan Eksekutif, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan menetapkan tempoh sah parlimen berlangsung ialah selama lima tahun, bermula daripada mesyuarat pertama. Melainkan ia dibubarkan lebih awal, Parlimen akan berlangsung sehingga lima tahun dan terbubar sendiri selepas itu. Dengan terbubarnya Parlimen, pilihan raya umum perlu dibuat dalam tempoh enam puluh hari selepas itu.
DUN juga begitu. Ia akan terbubar selepas lima tahun bermula daripada sidang mesyuarat pertama. Dalam realiti kemajuan teknologi semasa, cubaan menyemak tarikh sidang mesyuarat pertama ini melalui hansard DUN agak sukar, kecuali negeri Selangor. Saya fikir hal ini perlu diperbaiki. Adalah wajar untuk memudahkan orang ramai mengakses hansard Dewan sebagai satu cara meningkatkan nilai ketelusan, pertanggungjawaban dan urustadbir kerajaan yang baik.
Read More / Baca Lagi >>