KOTA BHARU – Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) tetap
mempertahankan hak dan suara orang bukan Islam kerana ianya merupakan
dasar utama penubuhan sayap keempat Pas tersebut.
Ketua DHPPP, Hu Pang Chaw berkata, keadilan untuk orang bukan Islam tetap menjadi salah satu daripada tanggungjawab yang perlu dijaga.
“Tugas utama kami adalah untuk mewakili rakyat bukan Islam negeri ini dan kami bertanggungjawab atas segala perbincangan yang melibatkan isu-isu berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, isu yang melibatkan remaja bukan Islam baru-baru ini bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan, sebaliknya hanya memerlukan perbincangan dan penjelasan yang jelas daripada pihak yang sepatutnya.
Sebelum ini, dua remaja lelaki Cina disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.
Read More / Baca Lagi >>