Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pegawai atasan polis mestilah mempertahankan orang mereka daripada ‘tangan ghaib’

$
0
0
oleh Alyaa Alhadjri
Tugasan bersumpah mereka adalah menegakkan undang-undang dan melindungi orang daripada jenayah.
Peristiwa terkini yang berlaku di Malaysia dan Indonesia, bagaimanapun, menunjukkan bahawa polis tertinggi negara mungkin telah gagal untuk melindungi orang mereka sendiri terhadap dakwaan “jenayah” yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan yang berkuasa.
Lebih teruk lagi, mereka dianggap bersubahat dengan kelakuan begitu melalui meluluskan “pemindahan” orang mereka yang mengetuai penyiasatan kes korupsi berprofil tinggi.
Persepsi seperti ini hanya akan mencemarkan integriti badan berkuasa itu dan keupayaan mereka untuk menegakkan undang-undang.
Pada 4 September, portal atas talian Tempo.co telah melaporkan bahawa Komisioner Jeneral jabatan penyelidikan jenayah Polis Negara Indonesia (Polri) Budi Waseso telah secara rasminya dipindahkan kepada ketua jabatan narkotik.
“Tugas saya adalah di mana-mana dan apa sahaja. InsyaAllah saya akan melaksanakannya dengan baik mengikut kemampuan saya,” Budi telah dipetik sebagai berkata.
Walaupun dinafikan oleh ketua Polri Jeneral Badrodin Haiti, pemerhati percaya bahawa pemindahan mengejut Budi mempunyai kaitan dengan penyiasatan rasuah yang sedang berjalan terhadap pembelian kren untuk PT Pelabuhan Indonesia II, yang bernilai trilion Rupiah.
Pada 28 Ogos, Budi telah memimpin pasukannya menyerbu PT Pelindo II dan pejabat utama pengarahnya, Richard Joost Lino.
Tempo.co melaporkan bagaimana Lino telah mengadu tentang serbuan itu kepada Menteri Perancangan Pembangunan Negara Sofyan Djalil, selepas dipercayai yang Budi telah ditegur oleh naib presiden Indonesia Jusuf Kalla.
Berikutan pemindahan Budi, Brigadier Jeneral Victor Edi Simanjuntak telah dilaporkan mendakwa berlakunya satu “campur tangan” oleh ahli politik membabitkan kes ini.
Dalam kes ini, mungkin hakikat bahawa Budi sendiri sebelum ini telah dituduh menjadi sebahagian daripada cubaan “melakukan jenayah” terhadap Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia, hanya menambah satu lagi lapisan komplot kepada situasi ini.
Menurut laporan media, Budi berkata beliau bersedia untuk terus berkhidmat dalam apa saja kapasiti, dan memberi kredit kepada pengganti beliau Anang Iskandar sebagai seorang “pegawai senior” dengan lebih pengalaman untuk membuat tindakan susulan terhadap penyiasatan korupsi yang sedang berlangsung.
Seperti Budi, di Malaysia, bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Abdul Hamid Bador telah dipindahkan daripada jawatan beliau bulan lalu dan dilantik sebagai timbalan ketua satu jabatan baru, jabatan jenayah transnasional dalam Jabatan Perdana Menteri yang mana melapor diri terus dengan perdana menteri.
Hamid telah dilaporkan berkata beliau percaya terdapat “kuasa ghaib” yang mahu mengeluarkan beliau dan pemindahan itu telah meletakkan beliau “beku seketika” kerana jawatan dan unit baru itu masih lagi belum ditubuhkan dengan sempurna.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Trending Articles