Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Raja Kamarul enggan letak jawatan, mahu Pas jawab tiga soalan

$
0
0
Desakan Pas bertentangan dengan pendirian parti itu yang menentang mana-mana Ahli Parlimen dan wakil rakyat meletak jawatan kerana pilihan raya kecil (PRK) membebankan rakyat dan kerajaan.
raja-bahrin
PETALING JAYA: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tetap dengan pendirian untuk tidak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu walaupun beliau bukan lagi ahli Pas.
Katanya, tidak ada peruntukan dalam parti dan Parlimen yang mewajibkan Ahli Parlimen atau wakil rakyat meletak jawatan jika melompat parti lain.
“Tidak ada undang-undang yang menyebut mana-mana Ahli Parlimen berpindah parti perlu meletak jawatan,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Beliau diminta mengulas desakan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satipul Bahri Mamat yang mahu Raja Kamarul meletak jawatan kerana telah melanggar sumpah bai’ah.
Raja Kamarul, sepupu kepada Sultan Terengganu sebaliknya mahu Pas Terengganu menjawab tiga soalan sebagai penilaian prestasi Ahli-ahli Parlimen Pas dari Terengganu sebelum mendesak beliau meletak jawatan.
1. Meminta Pesuruhjaya Pas negeri, Satupul Bahri menyemak kehadiran Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa jam satu hari mereka berada di Parlimen.
2. Meminta menyemak rekod berapa isu yang dibawa Ahli Parlimen Pas dari Terengganu ke Parlimen dan berapa kerap mereka menggunakan media untuk menimbulkan isu rakyat.
3. Menilai berapa ramai Ahli Parlimen Pas dari Terengganu yang tidak hadir Parlimen kerana menghadiri program lain untuk mendapat imbuhan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Trending Articles