Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Misteri kehilangan TPP yang sebelum ini bertugas dengan SPRM

$
0
0
oleh V Shuman
Di manakah Timbalan Pendakwa Raya Kanan (TPP) Kevin Anthony Morais?
Itulah persoalan yang bermain dalam kepala ramai rakyat Malaysia kini.
Kehilangan Morais adalah misteri, dalam suasana yang meragukan banyak berlaku dalam agensi penguatkuasaan undang-undang kebelakangan ini.
Mari kita lihat faktanya.
Morasi selama hampir 10 tahun, berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai timbalan pengarah pendakwaan, sebelum kembali berkhidmat di Jabatan Peguam Negara (AGC) beberapa bulan lepas.
Dia kali dilihat meninggalkan rumahnya di Segambut pada pagi Jumaat, dalam kereta Proton Perdana kerajaan yang memiliki nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Cubaan untuk menghubungi selepas itu gagal selepas pemeriksaan menemui yang dia juga tidak datang kerja hari itu, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis tentang kehilangannya pada Sabtu.
Pada pagi Ahad, polis menemui rangka kereta terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, yang kelihatan seperti rangka samada kereta Honda Accord, atau Perdana (kelompok terakhir kereta Perdana yang dibekalkan kepada kerajaan oleh Proton ialah tiruan Accord).
Polis masih belum menentukan asal usul kereta itu kerana nombor kasis telah dimusnahkan dan tidak dapat dikenalpasti. Dan juga tiada kesan manusia dalam kereta yang terbakar itu.
Laporan menyebut yang Morais telah terlibat dalam pendakwaan beberapa kes rasuah berprofil tinggi, tetapi tidak terlibat dalam siasatan melibatkan 1MDB- fakta yang di sahkan oleh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali.
The Malay Mail Online melaporkan kenyataan saksi tentang kejadian kejar mengejar beberapa buah “kereta besar” yang berkelajuan hampir 100 km/j melalui jalan berlubang di kampung tersebut- lampu di naikan dan hon dibunyikan sewaktu mereka melintas.
Seorang juga bercakap tentang mendengar bunyi kuat, seperti letupan, sebelum aksi kejar mengejar itu berakhir.
Ini dikatakan berlaku pada jam lebih kurang 1 pagi Ahad, beberapa jam sebelum rangka kereta itu ditemui.
Keluarga Morais masih belum menerima apa-apa lagi permintaan tebusan, tetapi mengetepikan dia diculik untuk duit tebusan.
Walaupun sudah dipastikan yang Morais tidak terlibat dalam siasatan 1MDB, perlu juga disebut yang kedua-dua SPRM dan AGC telah terlibat dalam siasatan kewujudan wang berbilion ringgit dalam akaun peribadi seorang pemimpin, sebelum pasukan khas itu dibubarkan.
Logik untuk mengandaikan  yang sebelum dia dipindahkan, pastinya dia terlibat dalam penyediaan kertas pendakwaan dan dokumen-dokumen lain untuk badan anti rasuah itu, atau mungkin untuk AGC yang ketika itu diketuai oleh bekas peguam negara yang dipecat, Abdul Gani Patail.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Trending Articles