Kebelakangan ini terdengar
suara-suara yang mendesak supaya perkampungan air di Timur Sabah
itu dirobohkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan kerosakan
sosial
masyarakat dan negara. Antara yang meminta rumah perkampungan air itu
dirobohkan ialah Dr Mahathir Mohamad dan bekas Pengarah Akademi
Imigresen, Encik
Shahul Hamid baru-baru ini.

Perkampungan air ini juga
mengakibatkan masalah sosial yang tidak terkawal dan tiada jalan lain selain
daripada merobohkan perkampungan itu serta-merta. Pandangan ini adalah lanjutan
daripada kemasukan pengkhianat-pengkhianat dari luar dan kejadian di Lahat Datu dan
Semporna itu dipermudahkan oleh perkampungan air ini.
Dr Mahathir menganggap
perkampungan air ini telah merosakkan pemandangan selain daripada banyak isu
keselamatan yang menyelubungi kawasan kampung air itu. Tindakan merobohkan
perkampungan itu sememangnya tindakan yang mudah, tetapi itu merupakan tindakan
yng tidak holistik dan pandangan orang suntuk pemikiran.