Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pendedahan Americk: AMK lapor polis desak siasat Najib

$
0
0
AMK NajibKUALA LUMPUR 22 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis terhadap perdana menteri berhubung arahan agar akuan bersumpah (SD) kedua disediakan bagi pihak penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Ia ekoran pendedahan dibuat peguam Americk Singh Sidhu ketika mesyuarat tahunan (AGM) Majlis Peguam, baru-baru ini mengatakan SD berkenaan disediakan peguam, Cecil Abraham.
Laporan polis dibuat Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Balai Polis Dang Wangi petang tadi dengan ditemani beberapa pimpinan AMK.
Shamsul yang ditemui selepas itu mendesak polis menyiasat pembabitan Datuk Seri Najib Razak dalam kes tersebut.
“Americk menyatakan bahawa Cecil memaklumkan bahawa beliau diarahkan oleh Najib supaya menyediakan SD kedua untuk diikrarkan oleh Bala bagi menafikan kandungan SD pertama,” kata Shamsul.
Pada Julai 2008, Bala mendedahkan akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh pada Oktober 2006. Ia termasuk dakwaan mengatakan Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan.
Bagaimanapun, keesokan harinya, Bala menarik semula dakwaan terkandung dalam SD pertamanya dengan menggantikan dengan SD kedua, sebelum menghilangkan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913