KUALA LUMPUR, 22 Mac — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “lebih
baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak
dikenali” adalah satu sindiran tajam supaya rakyat jangan lagi menyokong
Umno dan Barisan Nasional (BN) bersamanya.
Menurut ahli parlimen Marang itu, walaupun ada kalangan yang berhujah bahawa perkataan “devil” dan “angel” dalam ungkapan asal Dr Mahathir adalah suatu metafora atau kiasan, tetapi ia tidak menafikan bekas perdana menteri itu membuat dua cabang kelas BN berada di pihak yang “buruk dan rosak” manakala Pakatan Rakyat (PR) berada di pihak yang “baik”.
“Tun Mahathir mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa Umno adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus. Penyakit rasuah dan gila mendapat kuasa.
Read More / Baca Lagi >>