Saya mendapat banyak pertanyaan
tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar
ucapan Karpal dalam kongress tahunan DAP yang sedang berlansung di Pulau Pinag
sekarang ini.. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan
rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang
berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan
dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.
Mereka bertanyakan perkara ini
kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada
8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu
akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia
merupakan jawapan yang pendek sahaja.
Seperti MCA dan UMNO juga, maka
DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak
ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu
memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya
ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa
yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>